Sebarang Pertanyaan?    Hubungi:03-6242 9944       Email: info@wirasaujana.com

Pembimbing Ibadah Bertauliah
Al-Habib Naqjamuddin Syed Othman Al Khered

  • Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Syariah) Universiti Al Azhar dan Ijazah Sarjana Muda (Usul Fiqh) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Ketinggian ilmu yang dimiliki mendorong kami menjadikannya sebagai pembimbing haji kami selama 6 tahun sejak 2012.

Penginapan Dekat dan Selesa

Hotel Nada Deafah, Makkah 
180 meter ke perkarangan Masjidil Haram

  • Laluan masuk pintu 1, King Abdul Aziz.
  • Dewan makan luas dan selesa.
  • Ruang untuk kelas pengajian agama di surau hotel.

Penginapan Dekat dan Selesa

Hotel Anwar Movenpick, Madinah
20 meter ke perkarangan Masjidil Nabawi

  • Berdekatan engan perkarangan Masjid melalui Pintu 15.
  • Makanan secara buffet di restoran.
  • Suasana persekitaran hotel yang kondusif dan selesa.

Petugas Haji Berpengalaman

  • Berpengalaman luas sebagai agensi pengelola jemaah haji sejak dari tahu 2011.
  • Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran sehingga ke lapangan terbang untuk urusan pergi dan balik.

Kuliah Harian di Tanah Suci

Membahaskan tafsir Al-Quran & Hadis Rasulullah S.A.W. pada setiap kuliah yang disusun sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

  • Tafsir Al-Quran (surah Al-Kahfi).
  • Mengupas keperibadian Rasulullah S.A.W. rujukan dari kitab As-Syamail Muhammadiah.

PERKHIDMATAN TAMBAHAN & KEISTIMEWAAN YANG KAMI TAWARKAN

(Selain yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji dan Muassasah)

tarwiyah

  • Melaksanakan ibadah sunnah iaitu pada 8 ZULHIJJAH, rombongan jemaah akan menuju ke Mina untuk Tarwiyah (bergantung kepada kebenaran pihak Muassasah dan keadaan semasa).

sajian makanan

  • Masakan melayu dengan perkhidmatan Katering Al Wafa di Makkah, dan penyediaan minuman sejuk dan panas disediakan 24 jam sehari manakala sajian maknan di Madinah diuruskan oleh pihak hotel

kursus haji

  • Kursus intensif ibadat haji akan diadakan sebelum jemaah bertolak ke Tanah Suci.

arafah & mina

  • Khemah,makanan dan minuman serta kenderaan disediakan oleh Muassasah Asia Tenggara

umrah

  • Sebanyak 7 kali menunaikan umrah

ziarah

  • Ziarah sekitar Makkah dan Madinah

skim insurans

  • PERCUMA Skim Insurans Berkumpulan komprehensif dengan Pelan Perlindungan Ikhlas Kembara Takaful bagi jemaah berumur 3-65 tahun sahaja. (Tertakluk kepada kelulusan dan syarat-syarat yang ditetapkan).

cenderahati

  • Luggage Bag
  • Cabin Bag
  • Sling Bag
  • Woven Bag
  • Face Mask
  • Sarung Kasut
  • Uncang Batu
  • Tasbih Tawaf
  • Minyak Angin
  • Container
  • Sambal Goreng
  • Kipas Tangan


- Lelaki sahaja: 2 set Kain Ihram + Tali Pinggang
- Perempuan sahaja: Telekung 2 helai + Skaf (wajib pakai di Mina), Sarung Tangan, Stokin

kategori & prosedur permohonan pakej haji

KOD STATUS KELAYAKAN

P1

JEMAAH TERPILIH
(Bagi jemaah yang telah mendapat surat tawaran menunaikan haji daripada Tabung Haji (TH))

LAYAK

R12

JEMAAH RAYUAN
(Bagi Jemaah yang masih dalam rayuan dan menunggu surat tawaran daripada Tabung Haji(TH))

50%

peluang untuk mengerjakan haji bagi yang mendaftar haji pada 2013 dan ke bawah (tertakluk pada pindaan Tabung Haji (TH))

P1 (Jemaah Terpilih Muassasah)

  1. Menjawab surat tawaran menunaikan haji kepada Tabung Haji (TH)
  2. Memastikan wang naik haji bakal haji di dalam akaun TH mencukupi sekurang-kurangnya RM 12,000.
  3. Mengisi dan melengkapkan borang pendafataran haji PJH SW-07 TH.
  4. Mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran haji WSTT.
  5. Membuat bayaran pendahuluan kepada WSTT sebanyak RM 1,500
  6. WSTT akan memasukkan maklumat jemaah di dalam sistem Pengelola Jemaah Haji (PJH)
  7. TH akan maklumkan kepada jemaah berkenaan tarikh akhir untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan penyerahan paspot antarabangsa di pejabat TH cawangan terdekat.
  8. Bayaran akhir kepada WSTT hendaklah dijelaskan sebelum bulan Syaaban 1440H (tarikh rasmi akan dimaklumkan oleh pegawai bertugas)
  9. Menunggu makluman jadual penerbangan haji daripada WSTT setelah mendapat pengesahan daripada TH (Bakal haji tidak dibenarkan memilih tarikh penerbangan sendiri).
  10. Menghadiri kursus haji perdana anjuran WSTT.
  11.  Jemaah berangkat ke Tanah Suci mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan.

R 12 (Jemaah Rayuan)

  1. Mendaftar haji dengan TH.
  2. Mengemukakan surat rayuan ke TH.
  3. Mengisi dan melengkapkan borang pendafataran haji PJH SW-07 TH.
  4. Mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran haji WSTT.
  5. WSTT akan memasukkan maklumat jemaah di dalam sistem Pengelola Jemaah Haji (PJH).
  6. WSTT akan memaklumkan penawaran menunaikan haji kepada jemaah selepas mendapat pengesahan daripada TH (jangkaan pada Ramadan 1440H).
  7. Memastikan wang naik haji bakal haji di dalam akaun TH mencukupi sekurang-kurangnya RM 12,000.
  8. Mengambil dan menjawab surat tawaran menunaikan haji di cawangan TH terdekat.
  9. Menjelaskan bayaran penuh kepada dalam tempoh 10 hari selepas mendapat surat tawaran.
  10. Menunggu makluman jadual penerbangan haji daripada WSTT setelah mendapat pengesahan daripada TH (Bakal haji tidak dibenarkan memilih tarikh penerbangan sendiri).
  11. Menghadiri kursus haji perdana anjuran WSTT.

Mahukan konsultansi dari kami? Hubungi 03-6242 9944

RAKAN KORPORAT