My Account

Pengenalan

staff-group Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan Pakej Umrah, Pakej Haji, Pakej Pelancongan Muslim dan lain - lain. Ditubuhkan pada 4hb Julai 1988 dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan,Kementerian Kewangan Malaysia,International Air Transport Association (IATA), Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) dan juga Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputra Malaysia (BUMITRA).

Kami juga adalah salah satu daripada 19 buah syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji . Atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pelanggan Wira Saujana yang dikasihi, Alhamdulillah kami telah berjaya beroperasi hampir 30 tahun dalam industri ini.

Syarikat yang berteraskan 'family business' ini adalah 100% hak milik bumiputera. Aktiviti utama adalah mengelola pakej umrah, dengan purata seramai 2,500 orang tetamu Allah diuruskan setiap tahun.

 

Operasi syarikat di pejabat urusan yang terletak di Taman Medan Batu Caves, Batu Caves, Selangor ini di sokong oleh seramai 14 orang kakitangan yang komited dan berdaya saing. Manakala operasi di Tanah Suci diuruskan oleh 6 orang kakitangan dari Malaysia dan dibantu oleh 3 orang mutawwif Indonesia yang berpengalaman luas dalam mengendalikan keperluan jemaah umrah di Tanah Suci.

Pakej umrah yang kami kendalikan hanya menggunakan penerbangan Saudi Airlines, terus ke Madinah atau Jeddah. Serius sebagai pengelola pakej umrah, kami telah menandatangani kontrak dengan syarikat International Traveller, iaitu muassasah kami di Tanah Suci. Menjadi satu kelebihan kepada syarikat yang bernaung dengan muassasah, kerana kami boleh menguruskan permohonan visa umrah terus dengan Kementerian Haji Arab Saudi dan juga Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, selama 4  tahun (2012 – 2016) kami telah memajak Hotel Nada Deafah di Mekah yang terletak hanya 180 meter ke Masjidil Haram. Hal ini adalah antara komitmen kami dalam menyediakan penginapan yang dekat dan selesa kepada para tetamu Allah baik untuk pakej umrah, mahupun pakej haji.

Untuk penginapan di Madinah, kami secara konsisten menggunakan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick untuk pakej haji. Hotel terbesar di Arab Saudi ini hanya berjarak 20 meter ke Masjid Nabawi dan bertaraf 5 bintang. Manakala untuk pakej umrah, bermula pada tahun 2016 kami telah menggunakan Hotel Holiday Villa yang bertaraf 5 bintang dan terletak hanya 120 meter sahaja ke Masjid Nabawi.

Bertepatan dengan misi syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan umrah dan haji yang berkualiti, kami juga selektif dalam memilih pembimbing ibadat umrah dan haji yang akan bertugas di Tanah Suci. Antara tokoh yang telah bekerjasama dengan kami adalah Al-Fadhil Habib Ali Zaenal Abidin , Habib Syed Naqjamuddin Syed Othman, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ustazah Dr. Fatma Az-Zahra, Ustaz Dato Ismail Kamus, Ustaz Hj Mayikhi Omar, Ustaz Hussain Yee, Ustaz Anzaruddin Ahmad, Ustaz Mayikhi Omar (Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor), Ustazah Hajjah Kalthom Dato Hisham (Mantan Pakar Rujuk Tabung Haji) dan beberapa pembimbing lagi.

 

 

 

 

PENGENALAN 2016




Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas