My Account

Jadual Perjalanan Pakej Umrah 2014

KUL-MED/JED-KUL (13H 11M)

Hari KUL / MED
01

Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas iaitu pada jam 11 tengah hari. Berkumpul dikaunter K. Setibanya di Lapangan Terbang Medinah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke Anwar Al Madinah Movenpick Hotel.

HARI MeD / ZIARAH DALAM
02 Jemaah akan dibawa Ziarah Dalam seperti Makam Rasulullah S.A.W dan Perkuburan Baqi (dipandu oleh mutawif lelaki & wanita untuk kali pertama sahaja). Kemudian jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
HARI MeD / Ziarah LUAR
03

Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota Medinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain-lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke Pasar Kurma @ Ladang kurma di pandu oleh Mutawwif kami disana.

HARI MED / Mek
04 Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu untuk berlepas ke Mekkah.Selepas Solat Zohor perjalanan akan diteruskan ke Mekkah dengan menaiki bas dan singgah sebentar di Bir Ali untuk bermiqat Ihram (siap sedia berpakaian Ihram). Setibanya di Mekkah,jemaah akan dibawa mendaftar masuk ke Hotel Nada Deafah.Setelah berehat seketika jemaah akan dibawa melakukan ibadat umrah dengan dipandu oleh Mutawif.
HARI Mek
05-07

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

HARI MeK / Ziarah
08

Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota Mekkah seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah-lalu sahaja, Mudzalifah-lalu sahaja, Mina-lalu sahaja dan akhir sekali ke Ja’aranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat disini (siap sedia dengan pakaian ihram).

HARI MeK
9-11

Jemaah beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

HARI MeK / JED
12

Jemaah dinasihatkan menyelesaikan Tawaf Wida' dengan segera. Selepas solat Zohor jemaah akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

HARI KUL
13

Jemaah dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1.00 petang. InsyaAllah.