My Account

KUL-JED-KUL

Hari Kul / JED / MeK
01

Jemaah di kehendaki berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas iaitu pada jam 11 pagi. Berkumpul dikaunter K. Jemaah perlu bersiap sedia dengan pakaian ihram dan akan berniat di atas kapal terbang (Qarnul Manazil– akan diumumkan oleh juruterbang). Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah dan setelah selesai urusan Imigresen dan Kastam, para jemaah akan di sambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel dengan menaiki bas dan seterusnya mendaftar masuk ke hotel Nada Deafah Hotel. Setelah berehat seketika jemaah akan di bawa untuk melakukan ibadat umrah dengan di pandu Mutawwif.

HARI MeK
02-04

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

HARI MeK / Ziarah
05

Jemaah akan di bawa menziarahi beberapa tempat bersejarah di kota Makkah seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Padang Arafah-lalu sahaja, Mudzalifah-lalu sahaja, Mina-lalu sahaja dan akhir sekali ke Ja’aranah. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bolehlah bermiqat disini (siap sedia dengan pakaian ihram).

HARI mek

06-07

Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
HARI Mek / MED
08

Jemaah dikehendaki mengumpul bagasi masing-masing di luar bilik dan mengerjakan Tawaf Wida’ mengikut keselesaan sendiri (sebelum Solat Zohor ), kemudian bertolak ke Medinah selepas solat Zohor. Setibanya di Medinah jemaah di bawa ke hotel Anwar Al Madinah Movenpick.

HARI MeD / Ziarah DALAM
09

Jemaah akan dibawa Ziarah Dalam seperti Makam Rasulullah S.A.W dan Perkuburan Baqi (dipandu oleh mutawif lelaki & wanita untuk kali pertama sahaja). Kemudian jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

HARI MeD
10

Jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di kota Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain-lalu sahaja, Masjid Tujuh-lalu sahaja dan akhir sekali ke Ladang kurma di pandu oleh mutawwif kami di sana.

HARI MeD / Jed /KUL
11

Jemaah diminta mengumpulkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik pada jam yang ditetapkan oleh pegawai bertugas di Madinah dan bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

HARI KUL
12

Jemaah dijangka tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 1 petang. InsyaAllah.