Sebarang Pertanyaan?    Hubungi:03-6242 9944       Email: info@wirasaujana.com

Buletin

Kursus Umrah Perdana Disember 2018

Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd (WSTT) telah menganjurkan kursus umrah perdana bagi bulan Disember 2018 bagi para jemaah yang akan berangkat pada Akhir Disember 2018 dan Awal Januari 2019.

Program telah berlangsung pada 15 Disember 2018 ini telah dihadiri oleh seramai 150 orang jemaah. Program dimulakan dengan taklimat teori ibadah yang disampaikan oleh YM Habib Naqjamuddin Syed Othman Al Khered manakala sesi praktikal telah disampaikan oleh Ustaz Hj Ridzwan Jamaluddin. Majlis yang diadakan di Surau An – Nur, Taman Jasa, Batu Caves, Selangor ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan, Puan Hajah Sharifah Zabidah Binti Syed Mohamad dan Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Mohammad Adzri Bin Othman yang juga turut menyampaikan taklimat pengurusan di akhir program.

Terima kasih buat seluruh jemaah yang sudi hadir pada kursus ini dalam rangka persediaan untuk menunaikan ibadah umrah. Semoga urusan umrah para jemaah dipermudahkan Allah SWT.

Mahukan konsultansi dari kami? Hubungi 03-6242 9944

PELANGGAN KAMI