Sebarang Pertanyaan?    Hubungi:03-6242 9944       Email: info@wirasaujana.com

Buletin

Program Engagement Session with Matta & Bumitra Members and MOTAC Lesen Khas Umrah

Pada 6 Disember 2018, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur telah berlangsungnya program Enggagement Session With MATTA & BUMITRA Members & Motac (Lesen Khas Umrah). BUMITRA & MATTA telah bekerjasama dalam menganjurkan program ini untuk membincangkan pelbagai agenda utama melibatkan Lesen Khas Umrah dan perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia. Taklimat utama telah disampaikan oleh YBhg Puan Kartini Karim selaku Pegawai Bahagian Perlesenan.

Pengarah Eksekutif syarikat, Tn Hj Mohammad Adzri Othman turut hadir mewakili syarikat dan sekaligus berperanan sebagai Naib Presiden Haji dan Umrah BUMITRA. Beliau turut berkongsi idea dan padangan kepada rakan industri dalam menyelusuri cabaran mendatang.

Mahukan konsultansi dari kami? Hubungi 03-6242 9944

PELANGGAN KAMI