Buletin

Keberangkatan Jemaah Haji Wira Saujana 1440H/2019M

Pada tahun ini Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd telah diberi kepercayaan untuk menguruskan seramai 324 orang jemaah haji. Keberangkatan jemaah haji ke Tanah Suci telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu KT 42B pada 26 Julai 2019, KT 66B pada 27 Julai 2019, KT 50B pada 30 Julai 2019 dan KT 60B pada 4 Ogos 2019.

Turut disertai oleh dua pembimbing ibadah iaitu Habib Naqjamuddin Syed Othman Al Khered dan Prof Madya Ustazah Sharifah Zahrah serta 6 orang petugas haji.

Sebagai sebuah agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen dengan Tabung Haji sejak 2011 lagi, kami optimis untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang buat para tetamu Allah seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga usaha kami dalam menyantuni para dhuyufurrahman diberkati dan diredhai Allah SWT.

Mahukan konsultansi dari kami? Hubungi 03-6242 9944

PELANGGAN KAMI