Sebarang Pertanyaan?    Hubungi:03-6242 9944       Email: info@wirasaujana.com

PENGENALAN

Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd (WSTT) adalah sebuah agensi pelancongan tempatan dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. WSTT telah ditubuhkan pada 4 Julai 1988 yang telah membawa imej yang lebih komersial, korporat dan professional sepanjang 30 tahun beroperasi dalam industri Umrah, Haji dan Pelancongan Muslim.

WSTT telah diiktiraf dan didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (KPK/LN : 0236), berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan menjadi ahli kepada Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia atau BUMITRA (No. ahli : BM 236), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa  atau IATA (No. ahli : HO 20-3 1168 6) serta Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia atau MATTA (No. ahli : MA 1715). WSTT juga merupakan pemegang Lesen Khas Umrah (No. siri lesen : KPK/LKU0026) dan salah satu daripada 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji.

LEMBAGA PENGARAH

HAJAH SHARIFAH ZABIDAH BINTI SYED MOHAMAD

PENGARAH URUSAN

  • Perintis WSTT sejak tahun 1988 sehingga berkembang sebagai salah sebuah agensi pelancongan terkemuka kini.
  • Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun dalam industri umrah, haji dan pelancongan muslim, beliau giat turun padang dengan melibatkan diri sebagai fasilitator kumpulan baik untuk kumpulan umrah mahupun pelancongan muslim.

HAJI MOHAMMAD ADZRI BIN OTHMAN

PENGARAH EKSEKUTIF

  • Pendidikan tertinggi adalah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti of Wales, United Kingdom. Mula bergiat aktif dalam industri pelancongan seawal usia 17 tahun.
  • Kini beliau fokus mentadbir WSTT dan berjaya meletakan WSTT diantara 10 agensi pelancongan yang cemerlang dalam bidang pengurusan umrah.
  • Mempunyai jati diri yang cemerlang dan berwawasan tinggi dalam bidang pelancongan, justeru dilantik sebagai Naib Presiden Haji dan Umrah, Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) sesi 2018 – 2020.
  • Merupakan ahli perniagaan yang berjaya menceburi pelbagai bidang, seperti menjadi ahli lembaga pengarah untuk sebuah syarikat penerbitan SCREEN ART STUDIO SDN BHD & sebuah syarikat ’skuba diving’ iaitu SEA MONKEY SDN BHD.

HAJAH KHADIJAH BINTI OTHMAN

PENGARAH EKSEKUTIF

  • Bergiat dalam industri ini seawal usia 20 tahun, dengan membantu ibunya, Hajjah Sharifah Zabidah mengendalikan jemaah haji & umrah.
  • Mempunyai pengetahuan yang luas dalam industri pelancongan melalui pengalaman beliau membawa rombongan ke pelbagai destinasi yang diuruskan oleh WSTT.
  • Fokus utama adalah mengendalikan perjalanan pelancongan muslim ke serata dunia dengan produk yang menepati kehendak para pelanggan.

VISI & MISI

VISI

Mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat pelancongan terkemuka yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, kreatif, inovatif dan mempunyai tanggungjawab sosial.

MISI

Menyediakan pakej umrah, haji dan pelancongan muslim yang menepati kehendak pasaran pada harga yang kompetitif dalam industri pelancongan disamping menyediakan pengalaman perjalanan yang cemerlang dan memuaskan.

Mahukan konsultansi dari kami? Hubungi 03-6242 9944

RAKAN KORPORAT