Iltizam yang dinamik dalam menyediakan perkhidmatan umrah yang berkualiti, WSTT telah mengikat kontrak dengan Muassasah International Traveller iaitu salah sebuah agensi umrah di Arab Saudi. Adalah satu kelebihan kepada syarikat yang bernaung dengan muassasah kerana kami boleh menguruskan visa umrah terus dengan Kementerian Haji Arab Saudi melalui Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Komitmen yang kuat dalam menyediakan penginapan yang dekat dan selesa untuk pakej umrah dan haji, WSTT telah memajak Hotel Nada Deafah di Makkah selama 7 tahun sejak 2012 lagi. Manakala di Madinah, WSTT konsisten menyediakan hotel bertaraf 5 bintang dengan jarak yang dekat dengan Masjid Nabawi iaitu Hotel Rove Al Madinah (Pakej Umrah) dan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Pakej Haji).
Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan penyediaan produk yang berkualiti, WSTT adalah pilihan ideal untuk menunaikan ibadah umrah, haji mahupun kembara ke seantero dunia. Diuruskan sepenuhnya oleh 17 orang kakitangan di Malaysia dan 8 orang kakitangan di Arab Saudi yang berpengalaman luas dalam mengendalikan keperluan jemaah umrah, WSTT mengelolakan purata seramai 3,000 orang tetamu Allah pada setiap tahun.
WSTT selektif dalam memilih pembimbing ibadah umrah dan haji yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang tinggi. Antara tokoh yang pernah bekerjasama dengan WSTT adalah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Habib Naqjamuddin Syed Othman Al Khered, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ustazah Dr. Fatima Az Zahra, Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Ustazah Dr. Robiah K Hamzah, Ustaz Bashir Mohamed, Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre, Ustaz Hussain Yee, Ustaz Mayikhi Omar (Mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor), Ustazah Hajjah Kalthom Dato’ Hisham (Mantan Pakar Rujuk TH) dan beberapa pembimbing lagi.